Molarity and Molality, bila nak kena assume?


Assalamualaikum


Sebenar apa yang aku nak coretkan kali ini adalah berkenaan satu fenomena kecenderungan pelajar untuk membuat satu anggapan atau disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai assumption apabila menyelesaikan masalah mengira kepekatan yang melibatkan unit molarity and molality. Pelajar cenderung untuk membuat assumption bahawa isipadu solution = 1000 L bagi molarity atau mass of solvent = 1 kg bagi molality. Apa yang aku nak tekankan disini adalah tiada keperluan untuk membuat sebarang assumption bagi soalan yang melibatkan molarity atau molality. Ini adalah disebabkan definisi molarity dan molality itu sendiri.

  • Molarity didefinisikan sebagai number of mole solute in 1 L solution. Katakan jika molarity satu solution NaOH adalah 10.5 mol/ L , ini bermakna bagi setiap 1 L solution tersebut terdapat 10.5 mol NaOH. 
  • Molarity didefinisikan sebagai number of mole of solute in 1 kg of solvent. Katakan jika molality satu solution HCl adalah 12.0 mol/kg, ini bermakna bagi setiap 1 kg solvent terdapat 12.0 mol HCl.
So, kalau ada yang tidak bersetuju mohon pm tepi noh..kita boleh bincang..setakat yang aku paham dan ajaq student, memang bagi penekanan kan depa supaya jgn simply main assume ja tanpa paham keperluan dia..ok adios....

Comments

Popular posts from this blog

Sushi King

Acid-Base Titration