Sushi King
Arigatogozaimase!!! Mata dozo..... Ini adalah ucapan terima kasih yang akan diucapkan oleh pelayan sushi King bila kita hendak keluar dari restoren tersebut setelah menikmati hidangan. Pada aku ianya ia bukan sekadar ucapan terima kasih semata-mata tetapi ia memberi pengalaman merasai budaya jepun walaupun hanya sedikit.
Napa aku bercerita pasal restoren ni??? Sebenarnya aku ada sejarah bekerja di sini selama 11 bulan.Nak tahu apa jawatan aku ? Assistant Manager 2. Kellas kau jah!!! Kira macam pengurus restoren la..Ini adalah kerja pertama aku selepas grad. Kira oklah tak sempat menganggur pun walaupun bukan bidang yang sama dengan bidang pengajian aku.Yela ngaji Enginering kerja F&B Tp tak kisahlah, janji tak dok saja tak buat apa2. Gaji mula2 pun agak ok la.Siap boleh buat OT masa tu. Pernah la cecah 3K.
Kat sini aku mulai kenal tentang life masa kerja, macam mana nak kontrol staf, kontrol staf yang dah lama kerja daripada aku, politik tempat kerja, macam mana nak bodek bos, istilah2 jepun dan macam2 la jugak.
Aku pernah kerja di 2 buah outlet sushi king kat ipoh iaitu kat Ipoh Parade ngan kat jusco Kinta City. ramai yang masing dalam ingatan saya. Nama2 macam Abang Din, Fendi, Dilla, Shaari, Makcik ani, Rosni, Dayana, Molly, Miss Tan, Mr andrian, Hong kee, Kenneth, Kevin, Ivon, Lilian,Sheena masih dalam ingatan. Ada yang mash setia dengan sushi kin.ada yang dah kerja tempat lain.
Menu kat sini halal.Jgn risau....Antara yang masih aku ingat adalah unagi Kabayaki (belut panggang), piri-piri chicken, saba udon, ebi ten (udang celup tepung), soft shell crab, tomyam ramen, temaki (handroll), maki, sashimi (benda yang raw), wasabi (pedas nak mampus) dan bayak lagi. Tapai satu benda yang unik adalah kaiten. Dia macam rel keretapi yang diletakkan makanan dalam plate berwarna yang sentiasa bergerak yang boleh customer amik bila2 masa saja. harga dia ikut warna plate. So kenangan masa kerja kat sini adalah sesuatu yang berharga pada aku sebenarnya.Bye....
Salam bro,, nk tanye..ko training kat mana ye untuk jawatan ni?
ReplyDeleteSalam. nak tnya bape eh basic salary utk fresh grad? Sy baru dpt interview utk jwtn ni lah kat sushi king.
ReplyDelete