2nd day day di pantai timur
Bismillahhirrahmanirrahim....
Lepas jer bangun tido pagi ni ,kami anak beranak bersarapan di Restoren Thai di Tok Aman Bali Resort ni kerana mmg termasuk dalam pakej. Pegi lambat so pilihan makanan di tak banyak la. Aku mmg mengharapkan ada la nasi kerabu atau nasi dagang tp mmg takder, So aku mkn jer la apa yang tinggal lagi.
Lepas jer makan anak2 aku ajak mandi kolam lagi. So sementara menunggu masa nak check out, kami pun mandi la. Berendam lebih kurang 1 jam kat dalam kolam tu. Kami check out pada jam 12.30 tengah hari. So selama tinggal Tok Aman Resort. Hopefully next time kami boleh datang lagi.
Berhadapan dengan kawasan resort , ada kawasan pantai yang cantik sangat tp takder orang yang mandi. Pantai tu nama dia Pantai Bisikan Bayu. Serius cantik.
Destinasi kami yang seterusnya adalah Kuala Terengganu. Saja jer wife aku kata nak pegi Pasar Payang dah alang-alang ada kat pantai timur ni. Tp apa-apa pun kena cari makan tengah hari dulu. So kami pun pusing-pusinglah area Kuala Besut /Besut cari makanan. Sambil sambil tu aku snap la pemandangan sepanjang perjalanan.
Kami berenti mkn dekat pengkalan nyireh. Wife aku dah membebel2 sebab lapar. So aku cari la kedai makan dekat ngan masjid sbb aku nak sembahyang jumaat lepas makan. Kami cari nasi dagang sebenar tp nasi dagang dah abis yanf tinggal hanya nasi hujan panas dan keropok losong
Lepas jer makan aku sembahyang jumaat kamasjid ka Ibnu Abbas
Lepas jer sembahyang kami meneruskan perjalananan ke Kuala Terengganu. kami ikut jalan pantai. sapanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat2 indah terutama di persimpangan Setiu- Kuala Terengganu.
Sesampainya kami di bandar kuala terengganu, kami terus ker Taman tamadun Islam. Kami pun masuk ke Taman Monumen yang menempatkan banyak replika bangunan terutamanya masjid
Lepas jer keluar dari Taman Monumen, kami terus ke Masjid Kristal sbb wife aku nak sembahyang.
Lepas jer sembahyang kami bergerak ke Kuala Terengganu untuk cari hotel nak menginap malam ni. Call Felda Residence tp dah penuh dan kemudiannya dapat di hotel Seri Malaysia. Harga semlm ialah RM 147 termasuk breakfast untuk 2 orang. Mmg oklah sebab nak hotel tengah bandar yang takder kolam renang sbb esok pagi nak terus g shop[ing kat Pasar Payang. Klu ada kolam alamatnya kena mandi kolam dulu la.
Untuk makan malam kami kami try kat restoten Cina. Mula-mula tak confident tp bila tengok ramai orang yang bertudung dok tgh makan, so try la.Mmg aku dah lama nak try makan kat kedai cina muslim pun. Yang uniknya untie cina yang amik order bercakap dalam dielek terengganu. Serius aku kagum.
Tofu Sizzling
Ayam Mongolia
Tomyam Seafood
Lepas tu kami pegi tgk lampu-lampu yang cantik kat waterfront yang terletak di belakang hotel Seri Malaysia
.
Dan kemudiannya kami balik tido kat hotel. Esok nak berjalan lagi.
Harrah's Atlantic City, NJ - MapYRO
ReplyDeleteHarrah's Atlantic City. Harrah's Hotel and 경주 출장안마 Casino. 밀양 출장샵 0.2 miles from the Boardwalk. 3.5 mi from 이천 출장안마 Boardwalk 남원 출장마사지 and 0.2 mi from Boardwalk. See map. 대구광역 출장샵